♔PERHATIAN: DENGARLAH KAUM WANITA YANG AKU HORMATI, LUAHAN HATI SEORANG LELAKI INI JIKA MASIH TERCARI CINTA PERTAMA♔
Saturday, 25 February 2012 | 19:26 | 0 love drops
Apa itu cinta?Mengapa aku harus bercinta?Perlu
ke aku bercinta? Cinta itu terlalu banyak maksud. tapi bagi aku, cinta itu
adalah satu perasaan sayang terhadap insan yang dikasihi ,ingin melindungi dia
dan cinta itu satu tanggungjawab.
Wahai kaum wanita yang aku hormati,bagi korang yang masih
belum bercinta terutama remaja, lebih baik korang fikir masak-masak untuk
bercinta. Sanggupkah korang habiskan masa remaja korang dengan bercinta? Aku
nasihatkan enjoylah dulu dunia bersama kawan-kawan karib.
Masa bersama kawan-kawan adalah masa yang
berharga.Kerana masa untuk bersama kawan-kawan terlalu singkat berbanding masa
korang habiskan bersama pasangan selepas kahwin. Selepas kahwin, korang dah
jarang akan keluar dengan kawan-kawan..
Wahai kaum wanita yang aku
hormati,jika korang rasa korang sanggup, fikirkan pula bersediakah korang untuk
bercinta dan kemudian dilukai selepas ditinggalkan. korang dah cukup kuat untuk
melalui hari-hari korang dilukai selepas itu? Kebanyakkan mereka yang dilukai
hanya mampu mencurahkan rasa sakit hati ditinggalkan kepada kawan lelaki yang
lain kemudiannya dia pula menjadi kekasih korang selepas lelaki itu tahu
terdapat kekosongan didalam hati korang..
Wahai kaum wanita yang aku hormati,
kenapa korang bercinta? Aku yakin korang hanya bercinta kerana suka melayan
perasaan dihargai pasangan. Jangan biarkan nafsu itu menguasai diri.. Jika
benar dia cinta korang, dia akan sanggup tunggu korang dan dia tidak akan
menyentuh korang. Dia akan jaga korang sehabis baik dan akan jadikan korang
isteri yang solehah..
wanita yang aku hormati, sesungguhnya
seorang lelaki itu seharusnya menghormati korang...Korang bukan barang untuk
disepak-sepak.Korang bukanlah mesin pembuat air mata.. Air mata korang itu amat
bernilai.. Korang bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang
dilahirkan didunia tanpa pintanya...Janganlah engkau bunuh dia..
Wahai kaum wanita yang aku hormati,
dengarlah nasihat aku yang terakhir, carilah cinta itu melalui hati, bukan
melalui paras rupa. Bersabar jika korang masih belum temui cinta korang, cinta
pertama itu lebih indah jika dibawa ke pelamin!
Hearts, aisyah lurve


